Ini Fakta Menarik Tentang Denmark Yang Jarang Orang Ketahui
Ini Fakta Menarik Tentang Denmark – Denmark ialah salah satu negara Skandinavia yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan. Untuk pengetahuan anda, Denmark ialah sebuah negara yang mempunyai pelbagai etnik seperti Frank, Burgundi, Jutes dan Norse (Viking).
Denmark mempunyai penduduk paling bahagia di dunia walaupun harga barang-barang di negara ini cukup tinggi. Selain itu, taman tema tertua dan kedua tertua di dunia turut boleh di temui di negara ini.
Untuk pengetahuan anda, Walt Disney mengambil inspirasi daripada taman-taman tema tersebut untuk membina Disneyland. Sekiranya anda mahu tahu, Denmark mempunyai 3 huruf yang tidak ada di dalam abjad Inggeris iaitu Æ, Ø dan Å yang merupakan huruf vokal dan di tulis selepas huruf Z dalam susunan abjad.
Denmark ialah negara pertama yang menggunakan bendera dengan corak warna merah dan putih. Di beri nama Dannebrog, bendera ini di gunakan ketika zaman pemerintahan Raja Valdemar III pada awal abad ke-13.
Menurut cerita rakyat, Denmark yang merupakan kerajaan Kristen pada masa itu sedang berperang dengan Estonia pada tahun 1219. Walau bagaimanapun, bendera merah dengan corak salib putih tiba-tiba jatuh dari langit.
Ia kemudiannya di anggap sebagai Tuhan menyokong perjuangan mereka sehingga membuat pasukan Denmark lebih bersemangat dan akhirnya menang peperangan tersebut.
Dalam pada itu, pendidikan di Denmark ialah percuma. Namun, apa yang lebih menarik ialah para pelajarnya menerima elaun setiap bulan daripada pemerintah Denmark.
Tidak berhenti di situ, kos perubatan di Denmark juga percuma. Selain itu, 50 peratus penduduk Denmark pergi bekerja dengan menunggang basikal sehingga jumlah kenderaan berkenaan di Copenhagen adalah lebih banyak daripada jumlah penduduknya.
Judul Berita : Ini Fakta Menarik Tentang Denmark